Dr Vida Kena Denda RM80,000 Gagal Serah Penyata GST

IPOH: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah gagal atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).   


Hasmiza membuat pengakuan itu selepas menukar pengakuannya kepada bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Murtazadi Amran. 

Dia menghadapi 16 tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dari tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta.  


Tertuduh yang memiliki produk kesihatan Pamoga dan produk kecantikan Qu Puteh, dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan KastamDiraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, Jalan Tun Abdul Razak semalam. 

Setiap kesalahan itu membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan manakala tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas.  

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 30 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar GST bernilai RM4.2 juta dalam tempoh sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama. 


0 comment... add one now