Dron Tentera Laut Amerika Dirampas China


WASHINGTON: China merampas kenderaan ujian tentera laut bawah air tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan, kata seorang pegawai pertahanan negara itu semalam. 

"Ia diambil oleh China," kata pegawai, menambah kenderaan itu dirampas di perairan antarabangsa, kira-kira 80 kilometer di luar perairan Teluk Subic. 

Pegawai berkata, "peluncur tentera laut" itu digunakan untuk menguji tahap kemanisan air laut dan suhu bagi membantu memetakan saluran air. 

Walaupun peralatan itu milik tentera laut AS, ia dikendalikan orang awam, kata pegawai. 

Rampasan kapal itu berlaku di tengah ketegangan berterusan di Laut China Selatan.

0 comment... add one now