Faiz Subri Mahu Pakai Baju Melayu Jika Menang Anugerah Puskas


Jika ditakdirkan Faiz Subri menjadi pemenang Anugerah Puskas yang akan diumumkan di Zurich tidak lama lagi, pemain Pulau Pinang tersebut berkata beliau mahu memakai baju melayu ketika naik ke atas pentas.

BACA: Gol Faiz Subri Terpilih 3 Terbaik, Atasi Lionel Messi dan Neymar


"Jika anugerah Puskas menjadi milik saya nanti, kalau boleh saya mahu memberi ucapan dalam bahasa Melayu. Saya lebih bangga untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan.

"Tiada istilah malu untuk bertutur bahasa ibunda kerana saya rakyat Malaysia. Kalau kita tidak bangga dengan bahasa kita siapa lagi?

"Seperti saya cakap sebelum ini, kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang tapi kejayaan seluruh rakyat Malaysia" - Faiz Subri.

Apa yang dikatakan oleh pemain ini sangat membanggakan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi majlis penyampaian anugerah tersebut juga bakal dihadiri oleh pemain bola sepak terkemuka dari serata dunia termasuklah Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann, Messi, Suarez dan Neymar.

Jadi di pihak kami ingin mengucapkan All The Best buat Faiz, dan kami menyeru anda semua untuk memberi sokongan kepada beliau dengan mengundi gol cantik yang dicalonkan.

0 comment... add one now