Harith Iskander Muncul Juara Funniest Person In The World 2016


Kuala Lumpur, 10 Dis - Pelawak terkemuka Malaysia, Harith Iskander dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Funniest Person in The World (Manusia paling lawak dalam dunia) sebentar tadi.

Kemenangan Harith itu diumumkan oleh pengajur acara tersebut, Laugh Factory menerusi Facebook rasmi mereka.

Laugh Factory juga mengucapkan tahniah kepada Harith Iskander di dalam pengumuman tersebut.

Di dalam final pertandingan tersebut, Harith berentap dengan pelawak dari India, Filipina, Greece dan Israel bagi merebut gelaran manusia paling lawak bagi 2016.

0 comment... add one now