Inilah 10 Kerja Offshore Dengan Gaji Paling Tinggi


Saya ada terbaca mengenai 10 kerja offshore dengan pendapatan tahunan (dalam USD) yang paling lumayan. 

Nilai yang dinyatakan hanya berdasarkan data yang ada sahaja. Justeru, ia tidak mencerminkan nilai sebenar.

Ini kerja-kerja yang disenaraikan:
  1. Offshore drilling consultants - $143,000 - $305,000
  2. Offshore installation managers - $120,000 - $245,000
  3. Workover or Completion staff - $62,000 - $205,000
  4. Tanker captain - $75,000 - $170,000
  5. Marine engineer - $70,000 - $155,000
  6. Divers / Helicopter pilots - $93,000 - $150,000
  7. Production / Maintenance supervisor - $108,000 - $147,000
  8. Subsea / Chemical process engineers - $93,000 - $147,000
  9. Geologists - $105,000 - $120,000
  10. Reservoir / Drilling engineers - $62,000 - $116,000

Kerja saya pastinya terlalu jauh untuk masuk dalam senarai. Haha. Ada ke rakan-rakan yang boleh sahkan nilai angka yg tersenarai ?

Sejujurnya pendapatan pekerja ‘offshore’ bergantung kepada purata harga minyak pada tempoh masa tertentu. Ini kerana, semasa zaman kegemilangan harga minyak projek tidak pernah putus. Turun laut, naik laut, cuti yang adaa pun tidak sempat nak habiskan. 

Di zaman tersebut, pastinya ‘nilai’ untuk pekerja offshore meningkat tinggi dek kerana terlalu banyak projek yang ada. Ia berkait dengan konsep ‘supply and demand’.

Semenjak 18 bulan yang lepas, purata setong minyak yang amat-amat rendah bermain pada kadar USD 40 ke USD 50, projek baru tidak berapa nak ada. Sedangkan projek yang separuh jalan juga, ditangguhakan. 


Justeru, saya boleh katakan ‘nilai’ bagi pekerja offshore amatlah tidak memberansangkan pada ketika ini. Tiada apa yang boleh dimegahkan dan dicanang lagi.

Kini, nampak seperti ada sinar. Sejak beberapa hari lepas harga setong sudah mula melepasi paras siling USD55 (resistance level). 

Apa yang penting adalah untuk terus bertahan. Semoga tahun 2017 akan membawa kembali sinar harapan. InsyaAllah 😊

Kredit - Syed Amirul @ facebook

0 comment... add one now