Inilah Hasil Tangkapan 'Makhluk Hijau' Saya Untuk Tahun 2016

TABUNG 2016 | Assalamualaikum walhamdulillah.


Memandangkan sekarang dah berada di minggu akhir 2016, jadi aku nak share hasil tangkapan sepanjang 2016. Lantaklah orang nak cakap aku ni menunjuk ke apa ke. 

Aku cuma nak berkongsi dan bagi motivasi kepada anak muda serta anak tua di luar sana. Bulan Jun hari tu aku ada juga share dan berikut antara soalan-soalan yang diterima.

1. Bagaimana nak buat? Saya dah cuba tapi tak berjaya. Rasa macam nak korek je tabung tu.

Okay ni pandangan aku la, jangan pernah anggap kita ada tabung. Anggap bila dah masuk tabung, duit tu dah burn. 

Dan, lagi satu, letaklah tabung tu di tempat yang jarang nampak, bila kau selalu nampak, memanglah kau asyik teringat-ingat. 

Yang penting disiplin. First step untuk didik diri disiplin, solat awal waktu + berjemaah (eh untuk muslim je).

2. Boleh tak kalau sekali sekala kita korek tabung tu?

Boleh. Dah tu duit kau. Hahah. Cuma bagi denda pada diri selepas keluarkan duit dari tabung. Contoh hari ni kau keluarkan RM5, so esok kena azam ganti balik duit tu 2x ganda. 

In Shaa Allah, kau tak nak korek lagi lepas tu. Sama jugak kalau kau dah buat dosa, kau ganti dosa kau tu dengan sedekah. (Sedekah kat tabung masjid bukan tabung kau)

3. Sejak bila pandai menabung duit hijau ni?

Masa tu ada member selalu minta tukar duit hijau kat aku. Aku tanya " kenapa selalu tukar RM5 kat aku ni?"

Dia jawab "Aku nak simpan". Mulai hari tu, aku cemburu dan belajar menyimpan. Tapi sekarang kawan aku tu tak tau la dia menabung lagi ke tak sebab dah lama dia tak mintak tukar lagi. Hahahah.

4. Menabung ni ada untung ke? Rasanya duit tu tak berkembang.

Yes memang duit takkan berkembang, tapi ia dapat beri kau kepuasan seoalah-olah kau dapat duit tak disangka-sangka, hakikatnya tu memang duit kau yang simpan. Try je dulu. Banyak bunyi pulak. (Eh sorry terkasar)

5. Apakah nasihat untuk menggalakan amalan menabung kepada remaja di luar sana?

Nasihat aku, mulakanlah menabung walaupun tak banyak mana. 

Kejayaan menabung bukan terletak berapa banyaknya hasil, tetapi kejayaan menabung tu bila kau mampu menabung. 

Setiap individu berbeza kemampuan. Jangan paksa diri untuk menabung banyak-banyak sampai tak mampu, tu menyeksa diri sebenarnya. Akhir kalam, berjimat sebelum habis.

Ada soalan nak tanya lagi tak? In Shaa Allah aku try jawab. Azizul Azli Ahmad mohon bantu saya jawab soalan. - Hafiz Johar

0 comment... add one now