JDT Perkenal 4 Pemain Import Baharu

Selepas melepaskan ramai pemain-pemain utama, JDT dilihat seperti tidak bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen Liga Super 2017. 


Walaubagaimanapun, berita terkini yang dikongsikan melalui facebook JOHOR Southern Tigers mengesahkan skuad harimau selatan telah berjaya menandatangani 4 orang pemain import baru untuk musim depan.

Nama-nama pemain import yang akan menyertai JDT diumumkan sendiri oleh jurulatih pasukan, Mario Gomez petang tadi. Berdasarkan perkongsian tersebut, kami dapati JDT mahu menguatkan pasukan dengan pemain muda untuk projek jangka masa panjang, setelah mereka menjual pemain senior seperti Jasazrin, Amri Yahyah, Safee Sali dan ramai lagi.


"KAMI TELAH MENANDATANGANI EMPAT PEMAIN IMPORT BARU"

"Bagi pemain import, kami telah menandatangani pemain muda Brian Ferreira. Brian yang berumur 24 tahun, kini bermain dengan pasukan Indipendiente dan pernah juga bermain untuk skuad Bawah-21 Kebangsaan Argentina. FC Porto dan Manchester pernah mengintai beliau, tetapi beliau lebih selesa tinggal di Argentina. 

"Walaubagaimanapun, kami telah membuat tawaran dan berbincang secara mendalam tentang matlamat dan projek kami. Sebagai balasan, beliau telah membuat keputusan untuk menyertai JDT selepas mendengar apa yang cuba dibina oleh kelab ini."

"Satu lagi sebab mengapa beliau cenderung untuk menyertai JDT adalah kerana beliau mengetahui tentang Legenda Terbaik Argentina pernah bermain di sini seperti Luciano Fegueroa dan Pablo Aimar."

"Kedua, kami telah menandatangani Gonzalo Cabrerra yang pernah bermain untuk Boca Juniors dan kini bermain di kelab Arab Saudi. Cabrerra adalah pemain yang berkualiti dan berpengalaman dimana ianya amat penting untuk pasukan."

"Kami juga menandatangani Gabi Guerra dari Boca Juniours. Gabi bukanlah asing bagi bola sepak Malaysia kerana beliau pernah bermain untuk PKNS sebelum ini. Gabi akan berada di JDT II dan kami akan memantau prestasinya. Jika semuanya berjalan lancar, beliau akan mempunyai peluang yang baik untuk mewakili pasukan utama kami dalam masa terdekat." 

"Kami mempunyai seorang lagi pemain import yang sedang dalam perancangan, oleh itu saya akan memaklumkan kepada anda semua apabila kesemua proses telah disahihkan." - kata Mario Gomez.


Agak menarik untuk kita saksikan bagaimana kesemua pemain import baru JDT ini menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia ini, serta corak permainan yang diamalkan di Liga Super Malaysia.

0 comment... add one now