Juara Dunia F1, Nico Rosberg Umum Persaraan


BERLIN: Nico Rosberg mengumumkan persaraannya daripada Formula Satu, hari ini - hanya lima hari selepas memenangi kejuaraan dunia bagi pasukan Mercedes, sekali gus mengejutkan dunia permotoran itu. 

"Saya mengambil keputusan pada petang Isnin, selepas menimbang semula selama sehari," kata pemandu Jerman itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook pemandu itu. 

Pemandu itu berkata, beliau juga mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarganya. 

"Satu-satunya perkara yang sukar dalam membuat keputusan adalah kerana saya meletakkan keluarga (pasukan) perlumbaan saya dalam situasi sukar," katanya. - AFP

0 comment... add one now