'Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya'


PENGURUS pasukan/Ketua jurulatih Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez hari ini merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya buat Safee Sali.

Dalam perkembangan terbaharu, Safee dilaporkan meninggalkan skuad Harimau Selatan bagi menyertai Kelab PKNS FC.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Safee Sali atas apa yang telah beliau lakukan selama ini untuk JDT hingga kelab ini berjaya menjuarai tujuh piala setakat ini.

“Bagaimanapun, dia masih lagi sebahagian daripada keluarga JDT meskipun sudah tidak lagi bersama dan kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau bersama pasukan PKNS pada musim hadapan,” katanya menerusi Facebook Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, beberapa rakan sepasukan Safee turut berpindah ke kelab lain seperti Amri Yahyah yang menyertai Melaka United manakala Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin menyertai Perak pada musim hadapan.


PKNS FC merupakan pasukan kelapan yang diwakili oleh pemain penyerang tersebut sejak memulakan kariernya bersama dengan pasukan Kuala Lumpur pada tahun 2003.

BACA JUGA: Safee Sali Ikut Langkah Amri Yahyah Keluar JDT

0 comment... add one now