Kelantan Siap Sedia Ancaman Banjir Tiba-Tiba


PASIR PUTEH: Semua anggota penguat kuasa dan keselamatan di jajahan ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekarang, selepas beberapa kawasan rendah, di jajahan ini dinaiki air berikutan hujan tidak berhenti sepanjang hari ini. 

Bagaimanapun, sehingga ini, belum ada lagi penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan walaupun kawasan rendah seperti di Kampung Raja, Tasek dan Bukit Awang, air mulai naik sehingga mencecah kira-kira satu meter. 

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Pasir Puteh, Mohd Anis Hussin, berkata setakat ini, arahan berpindah ke pusat perpindahan belum lagi dikeluarkan. 

Beliau berkata, Pejabat PBPM Pasir Puteh akan dijadikan pusat operasi jajahan dan menempatkan pelbagai peralatan keselematan, termasuk bot ronda bagi operasi banjir jika banjir melanda.

0 comment... add one now