Lepas Sekinchan, Jamal Kasi Gegar Ampang Pula

AMPANG JAYA: Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas, di sini, sebentar tadi. 


Serbuan dibuat jam 3.45 petang ke atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1, bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai terkejut dengan serbuan dilakukan itu. 

Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor. 

"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya. 

Sebelum ini, Jamal melakukan serbuan ke atas beberapa premis perjudian yang dikesan wujud di sekitar Sekinchan.

BACA JUGA: Jamal Yunos Sewa Jengkaut Untuk Roboh Premis Judi Sekitar Lembah Klang

0 comment... add one now