Letupan Lori Tangki di Lebuh Raya Ragut Lebih 30 Nyawa

NAIROBI: Lebih 30 orang terkorban apabila sebuah lori tangki yang membawa minyak merempuh kenderaan lain dan menyebabkan letupan serta kebakaran di lebuh raya Nairobi yang sibuk  malam tadi.


Lebih kurang 11 kenderaan dikatakan terbabit dalam insiden kebakaran ini dan turut terbakar hangus.

Pius Masai dari Unit Pengurusan Bencana Kenya dalam satu kenyataan pada Ahad berkata: “Lebih 30 orang telah disahkan mati, beberapa yang lain cedera dan lebih 11 kenderaan terbakar dalam kemalangan lebuh raya di sepanjang Nairobi-Naiyasha.”

Media di sini melaporkan pemandu telah hilang kawalan dan merempuh kenderaan-kenderaan lain dan mencetuskan letupan kebakaran.

Saksi mengisahkan bagaimana sebuah bebola api menelan kenderaan-kenderaan bersama penumpang di dalamnya.


“Ini ialah insiden yang dahsyat, orang terbakar, di dalam kereta dan ada yang cuba menyelamatkan diri,” kata seorang polis yang berada di tempat kejadian.

Berdasarkan rempuhan dan kebakaran yang berlaku, jumlah mangsa maut dipercayai meningkat.

0 comment... add one now