Man United Rela Pinjam Along Demi Antoine Griezmann

Selepas mengharungi separuh musim dengan prestasi yang tidak menentu, pengurus Manchester United dikatakan mengintai peluang untuk mendapatkan seorang lagi pemain bintang buat kelab tersebut.


Menurut media sukan di England, ahli jawatankuasa tertinggi Manchester United sedang berbincang mengenai kemungkinan untuk menyediakan dana buat Mourinho membeli pemain sensasi Atletico Madrid dari Perancis, Antoine Griezmann.

Griezmann menunjukkan corak permainan yang pantas serta memiliki sentuhan penyudah yang menjadi pelengkap buat pasukan idaman Jose Mourinho di United. Beliau dipercayai akan menggandingkan pemain cilik tersebut di samping rakan senegara, Paul Pogba yang merupakan pemain termahal dunia ketika ini.

Menurut laporan itu, rundingan awal antara kedua-dua pihak 'berjaya' dan Atletico Madrid akan menerima £84 juta untuk melepaskan pemain berbakat berkenaan. Walaubagaimanapun kedua-dua kelab masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Jika saga perpindahan ini berlaku, Manchester United akan menjadi skuad dengan jumlah harga tertinggi mengatasi Chelsea dan Manchester City. Ianya juga akan membuatkan Liga Perdana Inggeris menjadi lebih menarik dan mendebarkan.


Persoalannya sekarang, adakah Antoine Griezmann pemain yang boleh diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan di Old Trafford? Berikan komen anda di bawah...

0 comment... add one now