Masalah Kelantan Buat Perdana Menteri Bimbang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Razak melahirkan kebimbangan terhadap masalah berkaitan Kelantan yang menjadi topik hangat semenjak kebelakangan ini.


Kemelut yang berlaku dalam KAFA sehingga mengakibatkan pasukan Kelantan berkemungkinan tidak dapat menyertai Liga Super pada musim depan menjadi fokus Najib Razak.

Rujuk: Kelantan Mahu Tarik Diri

"Saya harap KAFA dan juga negeri-negeri lain yang terbabit mencari jalan mengatasi masalah kewangan ini" kata Najib Razak seperti mana yang didapati melalui kemaskini status terkini di facebook beliau.


Perdana Menteri sememangnya dikenali sebagai peminat sukan bola sepak apabila secara terang-terangan memberikan sokongan kepada pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Kami di sini juga berharap tiada pasukan yang akan menarik diri daripada Liga Malaysia kerana ianya akan mengakibatkan suasana menjadi sedikit suram dan tidak menyeronokkan seperti sebelum ini.

0 comment... add one now