Matawang Ringgit Jatuh Menyembah Bumi

SINGAPURA: Ringgit hari ini susut ke paras terendah dalam tempoh lebih 14 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 


Ia menjejaki penurunan mata wang lain di Asia selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengejutkan pasaran minggu ini dengan isyarat menaikkan kadar lebih pantas tahun depan. 

Ringgit jatuh ke paras 4.4755 berbanding satu dolar AS, paras terendahnya sejak akhir September 2015, bila ia mencecah paras 4.4770. 


Kejatuhan melebihi paras itu akan menjadikannya yang terendah sejak Januari 1998, pada kemuncak Krisis Kewangan Asia. 

Yuan dalam pesisir mencecah paras rendah 6.9493 berbanding dolar AS awal hari ini, paras terendahnya sejak Mei 2008, tetapi kembali stabil dengan suntikan kecairan daripada pihak berkuasa melonjakkan keyakinan. 

Beberapa peniaga juga mencairkan pegangan dolar AS menjelang hujung minggu, membantu menyokong yuan. 

Dolar Singapura kukuh, tetapi kekal dalam paras rendah tujuh tahun 1.4481 berbanding dolar AS semalam. 

Kebanyakan mata wang Asia berada pada landasan kukuh untuk mencatatkan kejatuhan mingguan, selepas Fed menaikkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh setahun semalam dan mengisyaratkan kenaikan tiga kali pada 2017 berbanding dua kali sebelum ini.


0 comment... add one now