Najib Yakin Nilai Ringgit Naik Tinggi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin kemerosotan nilai ringgit ketika ini akan kembali pulih memandangkan ia berlaku bukan kerana kelemahan negara. 


Perdana Menteri berkata, ketidakstabilan nilai ringgit ketika ini berpunca daripada spekulasi pihak asing serta ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS). 

Katanya, keyakinan itu juga didorong oleh kenaikan harga komoditi seperti sawit dan getah selepas lawatannya ke China, baru-baru ini. 

"Dalam masa tiga bulan selepas lawatan saya ke China, harga sawit meningkat daripada RM2,300 satu tan sebelum pergi (China), kepada RM3,002 satu tan ketika ini, selain kenaikan harga getah RM4 sekilogram berbanding kita-kira RM1.50 ke RM1.60 sekilogram. 

"Nilai ringgit juga saya yakin boleh pulih kerana (kemerosotan) yang berlaku ketika ini adalah disebabkan spekulasi orang luar dan ketidaktentuan di AS, bukan kelemahan kita," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Seminar Jati Diri dan Memperkasa Institusi Penghulu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. 

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr Yusri Mohamad dan Yang Dipertua Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia, Ahmad Fuad Z Abidin

0 comment... add one now