NGO Lapor Polis 'Raver VS Hipster' Agenda Yahudi

Ayahanda Rani Kulup antara pemimpin NGO yang rajin mengambil berat isu ketuanan Melayu

Berikutan sebuah himpunan anjuran anak muda yang dinamakan 'Raver VS Hipster' mendapat sambutan luar biasa, sebuah NGO yang tidak mahu berkongsi nama mereka membuat satu laporan polis.

BACA: Himpunan 'Raver VS Hipster' Tarik Minat 7000 Anak Muda

Laporan polis tersebut dibuat atas maklumat yang diterima mereka mengenai campur tangan asing dalam memberikan dana khas buat penganjur himpunan mega yang akan diadakan di KLCC lewat petang nanti.

Menurut wakil NGO tersebut, mereka menerima maklumat risikan tahap tertinggi yang mendakwa acara yang bermula dari laman sosial Facebook tersebut dirancang secara rapi oleh Keluarga Soros yang mempunyai kaitan kuat dengan bangsa Yahudi.

"Kita tidak mahu himpunan yang berniat baik seperti ini di cemar oleh tangan-tangan kotor jadi laporan polis ini adalah langkah pertama dalam menangani apa jua kesan buruk yang mungkin timbul selepas ini" katanya.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, himpunan 'Raver VS Hipster' yang akan berlangsung di laman KLCC tersebut sudah pun mempunyai lebih 7000 peserta yang akan hadir, manakala 10,000 yang lain menunjukkan potensi untuk hadir sama.

"Jika tiada apa yang buruk berlaku, kami juga tidak menghalang anak muda Melayu untuk berkumpul dan berkongsi bakat masing-masing secara berkumpulan seperti ini. Ia satu perkembangan yang baik jika mereka boleh menjarakkan diri daripada gajet dan dunia maya untuk bergaul secara realiti."

Tindakan NGO tersebut membuat laporan polis turut memberikan ilham buat beberapa NGO Pro-Melayu yang lain untuk melakukan perkara yang sama juga.

0 comment... add one now