Pasukan Keselamatan Malaysia Bunuh Ketua Abu Sayyaf


MANILA: Pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh seorang anggota utama kumpulan militan Islam Filipina dalam satu kejadian tembakan di perairan Sabah dekat Borneo, kata tentera Filipina semalam. 

Pemimpin Abu Sayyaf, Abraham Hamid, dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan membabitkan warga asing dari sebuah destinasi pelancongan di selatan Filipina tahun lalu, dua daripada tebusan itu kemudiannya dipancung. 

"Kematian Hamid satu tamparan hebat kepada (Abu Sayyaf), sekali gus akan menjejaskan keupayaan mereka untuk mengesan dan menculik mangsa di masa akan datang," kata jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan. 

Dua militan lain turut terbunuh bersama Hamid dalam insiden tembakan dengan polis Malaysia di Lahad Datu dekat timur Sabah, katanya. - AFP

0 comment... add one now