Pesawat Tentera Rusia Ke Syria Disahkan Terhempas, Serpihan & Mayat Sudah Mula Ditemui


Sebuah pesawat tentera Rusia telah dilaporkan hilang dari radar tidak lama selepas ia berlepas dari Sochi, lapor media tempatan Rusia.

Pesawat Tu-154 itu dalam perjalanan dari Latakia di Syria dan membawa 81 penumpang bersama 10 krew, lapor media terbabit.

Beberapa laporan antarabangsa melaporkan, pesawat itu hilang 20 minit selepas berlepas.

Menurut Global Times, jurnalis dan ahli muzik antara penumpang dalam pesawat terbabit.

KEMASKINI:


Pesawat tentera Rusia TU-154 disahkan terhempas di Laut Hitam, kata kementerian pertahanan Rusia.

Pengesahan itu dikeluarkan selepas pesawat yang membawa 84 penumpang dan lapan kru itu dilaporkan hilang dari radar 20 minit selepas berlepas ke Syria.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat itu adalah pemuzik dari kumpulan koir tentera Rusia, Alexandrov Ensemble.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Moscow ke Latakia, Syria.

Menurut CNN, pesawat terbabit mendarat di lapangan terbang Adler di Sochi untuk mengisi minyak.

"Serpihan T-154 ditemui 1.5km dari pantai Laut Hitam di bandar Sochi pada kedalaman 50 ke 70 meter.", kata kementerian itu dalam satu kenyataan

Sputnik melaporkan, kementerian pertahanan telah mengesahkan mayat pertama ditemukan 6KM dari persisir pantai Sochi.

"Satu mayat yang maut dalam nahas pesawat Tu-154  telah ditemui 6km dari persisir pantai Sochi. Mayat itu telah dinaikkan oleh kenderaan penyelamat", kata kementerian itu. - CNN

BACA JUGA: Ibu Merayu Anak Pulang Ke Rumah Lepas 18 Tahun Belajar di Amerika Syarikat Tanpa Sebarang Khabar Berita

0 comment... add one now