Pesawat Terhempas Bunuh Juruterbang TUDM, 3 Lain Cedera


Butterworth: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala tiga lagi cedera selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, difahamkan pesawat Beechcraft King Air 200T berlepas dari Pangkalan TUDM Subang dan membawa tiga kru udara.

Pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat sebelum terbakar.

Pihak kecemasan dilaporkan dapat memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang tercedera, namun keadaan terkini mereka masih belum diketahui setakat ini.

Sementara itu, pihak TUDM yang dihubungi mengesahkah kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.

0 comment... add one now