Polis Tahan 5 Individu Bergaduh Rebut Kekasih

BANDAR SERI JEMPOL: Akibat berebutkan teman wanita, seorang lelaki berusia 20 tahun cedera dipukul menggunakan topi keledar oleh lima lelaki lain di Jalan Besar Bahau di sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa yang berada bersama teman wanitanya di sebuah kedai, dihampiri kumpulan suspek menaiki sebuah kereta. 

"Seorang suspek kemudian menuduhnya merampas teman wanita lelaki itu sebelum mereka mula memukul mangsa. 

Gambar Hiasan 

"Pergaduhan itu berlarutan hampir 20 minit dan polis yang menerima laporan segera ke lokasi kejadian sebelum menahan tiga suspek berusia 20 hingga 26 tahun yang masih berada di situ," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, mangsa dan teman wanitanya berusia 20 tahun, turut ditahan dan semua mereka disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

0 comment... add one now