Polis Tangkap 4 Pencuri Digelar 'Hantu Tetek' Oleh Netizen


BATU PAHAT, JOHOR - Sebuah butik di Parit Raja mengalami kerugian RM1,000 - RM2,000 selepas beberapa barang kosmetiknya dicuri sekumpulan gadis, semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku di butik Blackcube Rich itu, empat suspek dianggarkan berusia 20'an itu masuk ke butik berkenaan dan mencuri beberapa barangan kosmetik. 

Pada waktu itu, hanya tiga kakitangan yang bertugas. Namun pada waktu itu, salah seorang sedang berehat, seorang lagi sedang membetulkan printer dan seorang lagi sedang melayan salah seorang suspek. 

Di dalam kesempatan itu, tiga lagi rakan suspek berlegar di dalam butik berkenaan dan mengambil beberapa barangan dan dimasukkan ke dalam baju dalam serta beg tangan sebelum kesemua mereka meninggalkan premis itu. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu kini mula tersebar di media sosial. Malah gambar keempat-empat suspek yang terlibat juga berjaya diperolehi. 


Difahamkan, pemilik butik berkenaan telah membuat laporan polis untuk diambil tindakan terhadap empat suspek tersebut. 

KEMASKINI:

4 PENCURI BERSAUDARA DITAHAN POLIS


BATU PAHAT - Empat wanita termasuk dua remaja yang dirakam mencuri barang dalam sebuah butik di Parit Raja, telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, empat suspek berkenaan telah ditahan kira-kira jam 8 malam semalam di kawasan yang berasingan, bagi membantu siasatan kes curi dengan menyembunyikan barang curi dalam pakaian dalam, Rabu lalu.
"Suspek mempunyai talian persaudaraan dan dua daripada mereka berusia 17 tahun, manakala dua lagi berusia 22 dan 24.

"Kesemua mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi mendapatkan perintah menahan reman selama empat hari bagi siasatan lanjut," katanya.

Terdahulu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan empat suspek mencuri barang dalam premis berkenaan tersebar di media sosial sejak Ahad lalu.

0 comment... add one now