Princess Leia 'Star Wars' Meninggal Dunia

Pelakon asal Star Wars yang membawa watak sebagai Princess Leia dalam siri tersebut meninggal dunia semalam.


Carrie Fisher, 60 dikhabarkan meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari kota London menuju ke Los Angeles, di Amerika. Selepas serangan jantung tersebut Fisher dimasukkan ke dalam hospital untuk rawatan segera. Walaubagaimanapun dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Selepas namanya dikenali menerusi filem epik Star Wars, anak kepada pasangan penyanyi Eddie Fisher dan pelakon Debbie Reynolds itu menggunakan kesempatan yang ada untuk mempromosikan buku-buku tulisannya.

Jelas sekali filem Star Wars hasil idea kreatif pengarah George Lucas pada tahun 1977 itu mendatangkan rezeki tidak disangka-sangka buat pelakon seperti Carrie Fisher. Watak sebagai Princess Leia turut dikenali kerana hubungan percintaan bersama Han Solo yang dilakonkan oleh Harrison Ford.


Berita sedih mengenai kematian Carrie Fisher hadir beberapa minggu selepas peminat Star Wars dihiburkan dengan filem Rogue One: The Star Wars Story yang berjaya memecahkan rekod filem Star Wars dengan kutipan paling tinggi mengatasi The Force Awakens tahun lalu.




May The Force be with you!

0 comment... add one now