Pukul Isteri Hidang Lauk Sejuk


MIRI: Seorang penternak ayam berusia 33 tahun sanggup merotan isterinya hingga lebam gara-gara gagal menghidangkan lauk panas di Kampung Janus Lambir, petang semalam. 

Mangsa berusia 34 tahun dirotan menggunakan rotan dan tali pinggang sehingga calar seluruh badan, kaki dan tangan. 

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Supritanden Khoo Leng Huat, ketika mengesahkan menerima laporan kes itu hari ini, berkata laporan polis dibuat sendiri oleh isteri suspek yang sudah tidak tahan melayan perangai panas baran suaminya. 

"Berikutan itu, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut. Suspek direman tiga hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

0 comment... add one now