Resort Milik Jamal Yunos Kena Roboh


SABAK BERNAM: Selepas empat jam disita, Sekin Hotel & Resort milik Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos di Sekinchan, dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), petang tadi. 

Beberapa struktur bangunan resort itu dirobohkan kira-kira jam 2 petang tadi. 

Jamal ketika dihubungi, berkata tindakan yang dilakukan MDSB itu sangat kejam dan keterlaluan. 

"Kira-kira jam 10 pagi tadi, kakitangan MDSB datang menyita tetapi jam 2 petang tadi, beberapa bangunan resort saya dirobohkan," katanya.


0 comment... add one now