Ribuan Hadiri Acara 'Raver VS Hipster' di KLCC


Laman KLCC akan menjadi saksi kepada perhimpunan sulung dan besar-besar antara dua kumpulan anak muda yang cintakan seni dan tarian. 

Perhimpunan antara 'Geng Raver' dengan 'Geng Hipster' dijadualkan akan diadakan esok, 3 Disember 2016 dan jemputan kepada acara tersebut disebar melalui facebook melalui pautan https://www.facebook.com/events/1687097354934202/


Setakat artikel ini ditulis, lebih 2000 orang sudah mengesahkan kehadiran manakala ribuan yang lain menunjukkan minat terhadap himpunan mega anak muda remaja ini.

Disebabkan kesukaran untuk menghubungi penganjur acara ini, kami merujuk kepada butiran di Facebook Event berkenaan untuk mengetahui objektif murni himpunan ini, dan ianya adalah seperti berikut:
Ayuh semua budak raver kita turun taman KLCC dan battle dengan budak hipster. Mereka semakin melampau dan perlu di ajar! Jangan risau, raver pasti menang! Raver dulu, kini dan selamanya
Kami percaya dengan sambutan yang sangat hebat oleh netizen, himpunan di antara Ravers dan Hipster akan pastinya berjaya mencuri tumpuan pihak kementerian dan seterusnya menjadikannya acara tahunan di negara ini.

Dibawah adalah screenshot maklum balas orang ramai terhadap majlis 'Raves VS Hipster' ini.



Kemaskini: Lebih 7000 orang mengesahkan kehadiran.

BACA JUGA: Wakil NGO Lapor Polis Himpunan 'Raver VS Hipster' Ditaja Oleh Perisik Yahudi


0 comment... add one now