Rosmah Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES). 

Penyampaian anugerah terulung itu bagi mengenang usaha dan kepimpinan beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak terutama Program Permata Negara (PERMATA) serta sumbangan kepada Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI). 

Anugerah disampaikan Pengerusi WCES dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Michael Yeoh di sini, hari ini.

0 comment... add one now