Running Man Akan Ditamatkan Pada Akhir Februari 2017


Selepas kontroversi yang melanda sejak beberapa hari lalu selepas khabar mengatakan Kim Jong Kook & Song Ji Hyo sebenarnya dipaksa keluar dari program popular, Running Man pihak SBS mengesahkan yang program itu akan ditamatkan pada akhir Februari 2017.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, jurucakap SBS mengesahkan satu perjumpaan telah diadakan antara penerbit program itu dan ahli Running Man dan satu kata sepakat telah dicapai untuk menamatkan program itu untuk kebaikan bersama.


Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo juga dalam satu kenyataan berasingan mengesahkan yang mereka akan kembali menyertai penggambaran Running Man sehingga ke episod terakhir Februari 2017 nanti.

Rata rata peminat di Korea Selatan dan seluruh dunia juga berharap yang program itu ditamatkan sahaja selepas kontroversi yang menjadi bualan ramai beberapa hari ini.

0 comment... add one now