Safee Sali Ikut Langkah Amri Yahyah?


Seminggu dua kebelakangan ini terdapat banyak cakap-cakap mengatakan penyerang JDT tidak akan bersama dengan pasukan juara Liga Super itu buat tempoh yang lama.

Safee Sali dikatakan sedang mencari pasukan baru, dan menurut peminat bola sepak tanah air pemain kebanggaan negara itu berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah rakan baiknya, Amri Yahyah.


Tetapi khabar angin yang berlegar seperti dinafikan dengan kehadiran sekeping foto menunjukkan Safee Sali sedang berlatih bersama pasukan JDT malam tadi.

Gambar tersebut merupakan gambar rasmi kelab yang dimuat naik oleh page Johor Southern Tigers. Melaluinya juga peminat dapat melihat jersi latihan baru pasukan dari selatan itu dengan penaja baru iaitu Nike.


Sama-sama kita nantikan ke manakah arah perjalanan karier Safee Sali untuk musim yang akan datang.

Semoga beliau terus sukses!

BACA JUGA: Penyerang Sensasi Selangor Sah Milik JDT

KEMASKINI: Safee Sali Sah Keluar JDT Untuk Sertai PKNS

0 comment... add one now