Taikun China Mahu TMJ Bantu Pembangunan Bola Sepak China

AHLI PERNIAGAAN DARI CHINA MAHU DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PROJEK PEMBANGUNAN BOLA SEPAK CHINA 


Pengerusi Country Garden, Encik Yeung Kwok Keung telah menjemput DYAM Tunku Mahkota Johor untuk menjadi sebahagian daripada Projek Pembangunan Bola Sepak China. 

Encik Yeung turut menyatakan bahawa sudah begitu banyak wang yang telah dibelanjakan untuk bola sepak di China tetapi untuk mencapai kejayaan, wang bukanlah segala-galanya. 

Pengurusan turut penting dan Encik Yueng sendiri telah menyaksikan bagaimana DYAM Tunku Mahkota Johor berjaya menguruskan JDT, termasuk dari segi pengurusan kewangan yang telah membawa kepada banyak kejayaan sebagaimana kita lihat telah dicapai oleh JDT dalam tempoh masa yang singkat.


0 comment... add one now