Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia


Tan Sri SM Salim, 88 telah dilaporkan meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana, di Hulu Klang, pada jam 5.44 petang tadi akibat sakit tua.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.

Menurut laporan portal The Star, penghibur lagenda tanah air itu meninggal dunia kerana sakit tua, hanya beberapa hari selepas tersebarnya berita anak-anaknya memaklumkan bapa mereka sedang nazak.

Mari sedekahkan alfatihah kepada seniman agung ini, semoga rohnya ditempat dalam kalangan orang-orang yang mendapat rahmat di sisi-Nya. Takziah juga kami ucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai.


0 comment... add one now