Tevez Pecah Rekod Gaji Tertinggi, Atasi Safiq Rahim di JDT

BUENOS AIRES (ARGENTINA): Carlos Tevez bakal menyempurnakan perpindahan paling lumayan ke China walaupun penyokong Boca Juniors merayu supaya wira mereka itu untuk kekal selepas perlawanan terakhirnya semalam. 


Penyerang 32 tahun Argentina itu akan menandatangani kontrak bersama kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua, yang menjanjikan bayaran 615,000 pound (RM3.4 juta) seminggu. 

Bekas pemain West Ham, Manchester United dan Manchester City itu mengambil kesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada penyokongnya selepas membantu Boca menewaskan Colon 4-1 di La Bombonera. 

Selepas meledak gol kedua, Tevez digantikan pada minit ke-90 bagi membolehkan dia menerima tepukan gemuruh penonton.

Seorang penyokong masuk ke padang dan berlutut sambil merayu kepada Tevez untuk kekal bersama Boca. 

Penyokong lain memegang sepanduk yang berbunyi "Jangan pergi, Carlos!" Namun, rayuan penyokong itu gagal mengatasi imbuhan lumayan bakal diterimanya dan pegawai Boca Juniors mengesahkan perpindahan itu akan diteruskan. 

Tevez, yang kembali ke Boca tahun lalu selepas setahun bersama Juventus, menjadi bintang terbaru mencuba nasib di China. 

Bintang Chelsea dan Brazil, Oscar menandatangani kontrak bernilai 60 juta pound (RM332.5 juta) bersama Shanghai SIPG, minggu lalu. 

Senarai pemain dengan bayaran gaji tertinggi di dunia: 

  1. Carlos Tevez (Shanghai Shenhua) STG615,000 (RM3.4 juta) seminggu 
  2. Oscar (Shanghai SIPG) STG400,000 (RM2.22 juta) seminggu 
  3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) STG365,000 (RM2.02 juta) seminggu 
  4. Lionel Messi (Barcelona) STG365,000 (RM2.02 juta) seminggu 
  5. Gareth Bale (Real Madrid) STG346,000 (RM1.92 juta) seminggu 
  6. Hulk (Shanghai SIPG) STG317,000 (RM1.76 juta) seminggu 
  7. Paul Pogba (Manchester United) STG290,000 (RM1.61 juta) seminggu 
  8. Neymar (Barcelona) STG289,000 (RM1.6 juta) seminggu 
  9. Graziano Pelle (Shandong Luneng) STG260,000 (RM1.44 juta) seminggu 
  10. Wayne Rooney (Manchester United) STG260,000 (RM1.44 juta) seminggu
BACA JUGA: Penyerang Import JDT, Diaz Akan Dijual Selepas Minta Gaji Terlampau Tinggi

0 comment... add one now