Uber Larang Pemandu Mengurat Pelanggan

Perkhidmatan Uber ialah alternatif kepada mereka yang kurang menggemari perkhidmatan teksi. 


Sejak diperkenalkan di Malaysia ia semakin popular sehingga menimbulkan rasa kurang puas hati oleh pemandu serta pengelola syarikat teksi. Namum perkhidmatan mereka ini tidak terkecuali dari masalah yang melibatkan pemandu serta penumpang.

Garis panduan terkini dikeluarkan oleh Uber Khamis lalu dan menekankan perihal privasi penumpang serta pemandu.


Amalan mengurat, menggoda dan bertanyakan status perhubungan mereka kini dilarang sama sekali. Mereka yang didapati melanggar garis panduan ini boleh menyebabkan mereka hilang akses kepada perkhidmatan Uber.

Kemas kini kepada garis panduan ini dilakukan kerana kajian mendapati pemandu lekaki Uber memandu menggunakan jalan lebih jauh apabila membawa penumpang wanita.

Mereka juga lebih banyak berborak berbanding apabila membawa penumpang bersamaan jantina.


Antara sebab Uber dan Grab digunakan ialah bagi mengurangkan masalah “pemandu gatal” yang cukup sinonim dengan perkhidmatan teksi. Sekiranya perkara ini tidak dipantau dari awal, mungkin perkhidmatan perkongsian kereta ini akan menjadi sama sahaja dengan teksi.

0 comment... add one now