Uqasha Senrose Belum Fikir Soal Kahwin

Mempunyai hubungan mesra dengan seorang jejaka berketurunan kerabat diraja Pahang yang dikenali, Tengku Bakar, ada yang menganggap pasangan ini sedang hangat bercinta. 


Bagaimanapun, Uqasha Senrose memilih untuk berdiam diri walaupun sesekali kelihatan kelibat pasangan ini keluar berduaan. Malah tegasnya lagi, hubungan itu hanyalah sekadar kawan.

“Mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah. Banyak aspek yang perlu difikirkan, terutama apabila menyentuh mengenai tanggungjawab. Mungkin kedengan klise, tetapi hubungan saya bersama jejak itu masih pada peringkat berkawan. Hanya itu yang saya mampu jelaskan,” katanya kepada ruangan Bipop dalam Berita Harian berhubung dengan perkara itu.

Sementara itu, Uqasha turut memberitahu bahawa dirinya enggan terlalu bercerita mengenai hubungannya bersama jejaka itu kerana menganggap ianya sebagai sesuatu yang peribadi untuk dimaklumkan. Pernah mencetuskan kontroversi membuka tudung, Uqasha kini dilihat kebih tenang dan matang mengendalikan gosip seperti ini sebagai seorang selebriti yang terkenal.

Apapun, soal jodoh bukan perkara yang boleh diputuskan dalam sekelip mata. Sama seperti hubungan cinta, mungkin Uqasha perlukan sedikit masa untuk bertenang dengan beberapa kontroversi melanda dirinya sebelum ini. Tapi kalau dah jodoh tak kan lari ke mana bukan. 

0 comment... add one now