Wanita Maut Kereta Elak Batu Tengah Jalan


KUALA KUBU BHARU: Seorang wanita maut dan dua lagi terselamat selepas kereta mereka melanggar tiang elektrik berhampiran sebuah kolam pancing di Rasa, di sini, petang tadi. 

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Maimon Jantan, 61,maut ditempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk belakang, manakala dua lagi mangsa, Jamaliah Abu Bakar, 30 dan Muhammad Adam Haikal Abdullah, terselamat. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata Jamaliah yang memandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya ketika cuba mengelak batu di tengah jalan. 

"Kereta itu terbabas dan jatuh ke dalam gaung di sebelah kiri jalan raya," katanya. 

Difahamkan, keadaan jalan yang lurus dan hujan renyai juga punca pemandu hilang kawalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 comment... add one now