1500 Jemaah Bantah Pembinaan Hotel Bajet Sebelah Masjid di Pulau Pinang

GEORGETOWN - ‘Kami sudah bosan dengan maksiat keliling masjid’, itulah keluhan yang diluahkan Pengerusi Kariah Masjid Jamek Benggali, Prof Dr Ir Mohd Omar Ab Kadir.


“Kenapa mahu himpit kami dengan perkara-perkara maksiat lagi?, cukuplah pada waktu malam di sini dipenuhi dengan pelacur-pelacur tidak kira dari dalam dan luar negara.

“Bukan itu saja, mereka turut menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang berdekatan dengan masjid, kami sungguh kecewa.

“Sekarang hendak bina hotel bajet pula?, jangan tambah lagi gejala sosial sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan demonstrasi bagi membantah pembinaan hotel bajet di sebelah Masjid Jamek Benggali Lebuh Leith selepas solat Jumaat semalam.

Kira-kira 1500 jemaah turut sama membantah pembinaan hotel tersebut dan melaungkan rasa tidak puas hati mereka.

0 comment... add one now