9 Perkara Negatif Yang Menghalang Anda Jadi Kaya

Pastinya ramai tersentak dengan berita penurunan nilai ringgit di awal tahun 2017 ni. Keadaan ekonomi di negara kita semakin tertekan dan ramai terdesak untuk mendapatkan pendapatan sampingan. 


Tetapi tahukah anda, ada 9 perkara negatif yang menghalang kita daripada menjadi kaya. Jom baca perkongsian Saudara Asyraf Asseri di bawah:

1. Duit tak cukup untuk menabung

Selepas dapat gaji je, korang kena bayar itu ini contohnya bil elektrik, air, kereta, rumah, hutang itu dan ini. Selepas je bayar semua tu, tengok duit dah tinggal sikit. Masa tu rasa nak menabung pon tak lepas nak sara hidup camna kalau menabung.

Tapi pakar perancangan kewangan iaitu andrea woroch berkata setiap orang ada pilihan sendiri untuk menabung dalam hidupnya. Iaitu menabung dengan cara strategi sendiri. Contoh bulan ni simpan RM30 atau RM1 selama sebulan-sebulan

2. Duit menjadi punca masalah

Banyak orang menganggap, semakin banyak duit, semakin banyak masalah. Tapi bukan ke duit dapat menyelesaikan pelbagai masalah.

Memang, ye duit tidak menjamin kebahagiaan, tetapi memilikinya membuat hidup terasa lebih mudah dan bahagia. Sikap menguruskan duit yang buruklah yang seringkali membuat sebagian orang menganggap duit itu sebagai punca kepada masalah.

3. Menjadi kaya itu juga susah

Menganggap diri ni orang kaya jugak pon susah. Bila ada duit sikit nak pakai mewah, nak beli itu beli ini.

Set dalam diri dan fikiran anda nak kaya maka diri kita akan berinteraksi untuk berusaha hendak menjadi kaya dan capai impian tersebut.

Tingkatkan kekayaan Anda, menguruskan wang untuk keperluan yang bermanfaat akan membuat Anda lebih cepat kaya.

4. Tak pernah puas hati dengan pendapatan sendiri.

Dengan cara berfikiran begini hanya akan membuatkan anda frust dan depress. Selamanya anda akan membandingkan pendapatan anda dengan orang lain. Lebih baik fokus kepada hal peribadi sendiri daripada memikirkan orang lain.

Sebagian masyarakat iri hati pada penduduk lain yang memiliki pekerjaan serupa tapi menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi dari mereka. Keadaan tersebut telah mengurangkan motivasi dan menganggap dirinya tak akan pernah menghasilkan pendapatan yang memuaskan.

6. Fikir terlalu lambat dah nak menabung

Tak ada kata terlambat untuk memulakan sesuatu termasuk menyimpan dana pencen. Pikiran yang mengatakan Anda terlalu tua hanya membuat Anda semakin sukar untuk menyimpan wang untuk masa depan.

Sebaliknya, lebih baik Anda berfikir diri anda masih terlalu muda untuk menabung walaupun sebenarnya dah tua. Haha.

Dengan begitu, Anda masih punya peluang untuk menikmati masa tua tanpa kekurangan wang!

7. Perlukan modal untuk menghasilkan duit

Ini untuk orang bisnes. Mereka perlukan modal untuk hasilkan duit. Mereka perlukan modal untuk itu ini untuk dijual dan hasilkan duit. Bila mereka tak dapat lakukan perkara tersebut, mereka down dan cari pekerjaan biasa.

Jangan risau, orang yang berjaya sangat paham bahwa wang dan rezeki selalu ada di mana saja. Yang penting, Anda memiliki idea yang hebat untuk dapatkan duit tersebut.

8. Duit bukan hal penting

majoriti masyarakat berfikir wang membuatkan orang mempunyai sifat buruk dan tak penting. Tambah-tambah orang muda yang baru kapel ni. Katanya duit tak penting, tak menjamin kebahagiaan. Kasih sayang lebih penting. Haha.

ungkapan tu sebenarnya tidak benar sama sekali. Memang betul, wang bukan segalanya, tapi harus diakui bahwa benda tersebut sangat penting.

Ada wang yang cukup atau lebih akan memudahkan urusan anda dan memberi banyak benefits kepada anda kemudian hari.

Nak makan apa adik kalau kasih sayang pagi petang siang malam. Mau di tokok selalu ke?huhu

9. Terlalu banyak membuat kesalahan dalam menguruskan wang

Jangan panik apabila Anda mengetahui telah salah menguruskan wang. cepat-cepat tanggani seluruh kesalahan yang baru dilakukan.

Fikirkan kegagalan Anda dan ambil hikmahnya.

Do mistake and learned it. Ke depan nanti, pastikan Anda lebih bijak dalam membuat pilihan saat menggunakan wang tersebut.

Sekian.
Semoga bermanfaat.
Wang terbang berkeliaran.

0 comment... add one now