Athletic Bilbao Ajar Barcelona Cara Bermain Bola Sepak Yang Sebenar

Athletic Bilbao mengejutkan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia pagi ini apabila berjaya menumpaskan pasukan yang sedang bergelut sejak permulaan musim, Barcelona.


Barcelona kecundang kepada Bilbao dengan keputusan 1-2 dalam pusingan 16 pasukan terbaik Copa Del Rey. Lebih memalukan lagi, Athletic Bilbao hanya memerlukan 9 orang pemain sahaja untuk mengajar mereka cara sebenar bermain bola sepak.

Jaringan Athletic Bilbao diperoleh menerusi tandukan Aduriz pada minit ke 25, dan volley cantik Inaki Williams tiga minit kemudian. Barcelona cuma merapatkan kedudukan menerusi serangan bertali arus tetapi terpaksa berpuas hati dengan hanya satu gol sepakan percuma Lionel Messi.

Selain kekalahan pagi ini, Barcelona juga bergelut untuk mengatasi Real Madrid dalam persaingan merebut kejuaraan LA Liga musim ini. Kehadiran Messi yang dianggap pemain terbaik sepanjang zaman juga tidak mampu mengubah apa-apa.

Jom tonton video highlight perlawanan pagi tadi. Anda boleh lihat 'gol ajaib' Inaki Williams, gol kontroversi Lionel Messi dan juga skill 'diving' yang hebat dipamerkan oleh Neymar Jr.

0 comment... add one now