Bank Tak Mahu Proses Loan Rumah Bawah RM100k Anda? Lakukan Perkara Ini

Jika anda pernah membeli rumah, pasti anda sedia maklum dengan keperluan untuk memohon pembiayaan (loan) bank untuk melancarkan urusan jual beli hartanah tersebut.


Tetapi ada segelintir bank (atau banker) yang memandang acuh tidak acuh kepada permohonan pembiayaan perumahan kos rendah, terutamanya melibatkan loan di bawah nilai RM100k. Bagi mereka, loan-loan sebegini tidak mendatangkan untung yang besar dan lebih baik fokus kepada permohonan loan besar-besar sahaja.

Jadi bagaimana nasib orang-orang yang hanya mampu membeli rumah kos rendah sahaja? Adakah boleh sesebuah bank menafikan hak mereka untuk memiliki hartanah sendiri walaupun sudah menepati syarat-syarat yang diberikan? Ayuh kami kongsikan apa yang boleh kita lakukan sekiranya berhadapan dengan kes seperti ini.

Dari facebook Saudara Mohd Yusof Ahmad

BANK WAJIB TERIMA LOAN APPLICATION ANDA

..banker sombong pun ada Tok..tak layan loan bawah RM100K..komisen kecik kata nya...
  1. WAJIB bank officer terima permohonan loan kita
  2. walaupun below RM100K
  3. OR report BNM (Bank Negara Malaysia)

BNM AKAN AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA

Report BNM: Officer bank menangis merayu
  1. pengalaman: Officer bank x layan
  2. buat report melalui E-mail ke BNM
  3. officer bank merayu..menangis
  4. minta maaf 1,000 kali

BANK HANYA BOLEH ABAI LOAN APPLICATION BAWAH RM100k JIKA

...tiada loan below RM100K
  1. pengecualian untuk foreign bank sahaja
  2. semua local bank WAJIB terima permohonan below RM100K
KETAHUI HAK ANDA

Bagi kata 2..
  1. you process my application or
  2. I send E-Mail to BNM
  3. ~ nama bank
    ~address cawangan
    ~ nama bank officer
    ~ isi report

Kongsikan maklumat ini kepada orang lain juga agar kita sama-sama beroleh manfaat, dan tiada lagi kes bank sombong menafikan hak kita untuk memiliki rumah sendiri.

0 comment... add one now