Batal TPPA Langkah Pertama Donald Trump Musnahkan Legasi Obama

Washington: Amerika Syarikat secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas perintah eksekutif ditandatangani Presiden Donald Trump, di sini pada Isnin.


Trump menandatangani perintah eksekutif itu di Pejabat Oval sekaligus memenuhi janji manifestonya untuk menamatkan penglibatan Amerika Syarikat dalam pakatan 12 negara yang ditandatangani pada 2015.

"Sudah lama kita bercakap mengenai perkara ini.

"Tindakan ini bagus untuk pekerja Amerika," katanya selepas menandatangai perintah itu.

TPPA yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat tetapi belum disahkan menjadi tunggak utama ekonomi pentadbiran Barrack Obama di rantau Asia Pasifik bagi menyaingi perkembangan ekonomi China.

Selain Amerika Syarikat, ia dianggotai Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Tindakan membatalkan perjanjian perdagangan seperti TPPA dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) antara janji manifesto Trump ketika bertanding, tahun lalu.

Trump mendakwa, perjanjian perdagangan seperti itu menyebabkan kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat selain memusnahkan kawasan perindustriannya.

0 comment... add one now