Budak 2 Tahun Maut Kena Tikam 28 Kali Oleh Ibu Kandung

MEDAN, INDONESIA - Seorang ibu berusia 32 tahun tergamak menikam anaknya 28 kali sehingga mati, Jumaat lalu.


Dalam kejadian di sebuah kediaman di Jalan Besar Delitua, suspek, Pretty Juliana Ningsih Hasibuan, 32, telah menikam badan anaknya, M Altahir, 2, sebanyak 28 kali dengan dua pisau dapur. 

Lapor portal berita tempatan, Pretty tinggal bersama abang kandungnya sejak 12 tahun lalu dan mengalami kemurungan kerana ditinggalkan suaminya. 

"Dia mengalami kemurungan sejak ditinggalkan suaminya dan tinggal bersama kami. Kami sudah selalu membawa dia berubat," kata Melisa, kakak ipar Pretty. 


Menurut jiran berdekatan, Dewi, berkata, pada hari kejadian dia ternampak dua anak Melisa iaitu Jafa dan Radit berlari keluar dari rumah sambil menangis dan meminta tolong. Lalu Dewi segera bertanya apa yang berlaku. Namun kedua anak kecil itu kelihatan takut. 

"Bila saya masuk ke rumah, saya lihat mangsa sudah mati dengan ususnya terburai. Seluruh badan mangsa penuh dengan kesan tikaman dan paling banyak di bahagian perut selain ususnya terkeluar sepanjang satu meter," kata Dewi. 



Lapor sumber, Pretty nekad bertindak demikian kerana melihat ada bayangan perompak yang masuk ke rumah abangnya. Lalu dia mengambil dua pisau di dapur dan menikam 'perompak' itu berkali-kali tanpa menyedari individu yang ditikamnya itu adalah anak sulungnya sendiri. 

"Kami sempat bercakap dengan dia dan dia berkata dia sudah menangkap perompak yang memasuki rumahnya," kata Muliadi, RT setempat. 

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. 

0 comment... add one now