Guru Memandu Maut Dalam Kemalangan


Seorang guru sekolah memandu meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan bersama seorang pelatih yang sedang menjalani latihan memandu berumur 17 tahun, semalam.

Mereka berdua dilaporkan memandu di luar kawasan sekolah memandu di Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru dengan menaiki Perodua Viva sebelum dilanggar oleh sebuah lagi kereta Perodua Viva yang lain.

Akibat pelanggaran tersebut, Zainal Azman Mohd Nadzir, 45, cedera parah dan dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas itu.


Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pemanduan secara tidak selamat.

0 comment... add one now