Inilah Punca Utama Mario Gomez Dilepaskan Sebagai Ketua Jurulatih JDT

Pengendali Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Benjamin Mora sah membimbing Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 


Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang bersama pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Mario Gomez, baru-baru ini. 

"Benjamin (Mora) mengambil tugas selaku jurulatih untuk membimbing JDT musim ini bagi menggantikan Mario (Gomez) dan beliau memulakan tugas bermula hari ini. 

"Langkah perubahan ini sebahagian daripada falsafah kelab JDT untuk meningkatkan lagi mutu permainan dan sebarang keputusan diputuskan menerusi mesyuarat. 

"Malah kami percaya Mora yang mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan di kelab La Liga, Atletico Madrid mampu menggalas tugas itu dan melakukan perubahan buat JDT mengharungi saingan liga elit domestik dan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia," katanya dalam sidang media, sebentar tadi. 

Edwards juga menegaskan penolong Gomez, Raul Linghi masih bersama JDT bagi membantu Mora dalam persiapan untuk aksi menentang Kedah pada pertembungan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini. 

Beliau juga mengumumkan pelantikan Mohd Hamzani Omar bagi menggantikan Mora untuk membimbing JDT II mengharungi saingan Liga Perdana dan Hamzani akan dibantu Ramlan Rashid. 

"Ini juga sebahagian falsafah JDT untuk memajukan barisan kejurulatihan muda dan Mohd Hamzani sebagai contoh dinaikkan pangkat selepas beliau mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan di Jepun dan kelab La Liga Sepanyol, Valencia CF," kata Edwards.

0 comment... add one now