'AWAS! Jangan Tersilap Pendrive Anda' - Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – “Maka kawan-kawan media. Teruskan membuat catitan dan awas jangan tersalah pendrive anda. Tolong pastikan fakta anda tepat”


Demikian kenyataan balas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan kononnya beliau pernah menyalahgunakan wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan Kelantan.

Annuar yang kini penaja utama pasukan Kelantan atau The Red Warriors (TRW) menjelaskan, beliau telah memberi fakta yang tepat berhubung dakwaan itu di dalam catatan Facebooknya hari ini supaya tiada pihak menerima maklumat daripada sumber yang beremosi dan melucukan.

“Jadi sahabat Facebook ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk kawan media saya. Saya berikan fakta ini supaya anda boleh menyemak sumber dan petikan saya.

“Saya tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu secara langsung atau `tit fot tat’ kerana biasanya mereka itu kawan-kawan belaka.

“Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita. Kalau kawan kita silap kita tak usah panjang-panjang. Kita maafkan saja,” ujar dalam satu kenyataan di Facebook beliau..

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa pasukan Kelantan pernah menggunakan wang Mara dan UniKL.

Tunku Ismail dalam dakwaan itu dipetik berkata “Tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan TRW yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi MARA. MARA dipengerusikan oleh Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh di Kelantan.

Manakala, ayat Annuar berbunyi “jangan tersilap pendrive” dipercayai berkisar kepada isu pendrive yang pernah didakwa Tunku Ismail mengandungi salah laku dan penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan siasatan ke atas pendrive itu pada 5 September 2016 bagaimanapun mengesahkan pendrive itu tidak mengandungi sebarang unsur rasuah.

0 comment... add one now