Kalau Unifi Di Rumah Masih Lembap, Cuba Try 4 Cara 'Di Hujung Jari' Ini.. Mesti Berkesan!

Pernah tak anda sedang asyik layan youtube, menonton movie, atau mesej rakan-rakan tiba-tiba rangkain terputus?


Bila semak balik modem, tak ada masalah, mesti anda akan tutup suis modem dan buka balik selepas beberpa saat kan? Tetap line masih slow dan terus disconnected, tahu-tahu ada lampu merah muncul di bahagian internet dekat router tu.

Bila nak hubungi khidmat pelanggan, kadang-kadang susah nak dapat. Perkara ini seringkali berlaku kalau keluarga atau rakan serumah sedang menggunakan internet dalam masa masa yang menjadi penyebab Domain Name System (DNS) bermasalah.

Jadi, jalan penyelesaiannya adalah dengan membaiki semula DNS tersebut, ikuti langkah-langkah ini untuk megendalikannya. Boleh lah jadi panduan pada masa akan datang kalau perkara yang sama terjadi lagi. 

Oh ya, cara ini hanya berkesan bagi pengguna router jenis baru (tahun 2014 keatas) sahaja.

1. Buka browser, taip 192.168.0.1 di address bar dan tekan Enter



Di login page, sila login dengan menggunakan username & password seperti berikut:
  • Username: operator
  • Password: h566UniFi

    2. Pergi ke bahagian Setup



    Lihat di sebelah kiri, klik pada WANWan Configuration. Selepas itu, korang akan dapat melihat Protocol PPPoE di barisan pertama jadual. Di column Action, tekan butang Edit

    3. Skrol kebawah sehingga korang dapat melihat perkataan DNSDomain Name Server Assignment. Tukarkan mode asal daripada Auto ke Manual.



    Setkan DNS seperti berikut:
    • Domain Name Server (Primary) IP : 8.8.8.8
    • Domain Name Server (Secondary ) IP : 8.8.4.4

      4. Skrol kebawah lagi sehingga sampai di penghujung dan klik Apply.


      Semudah 'ABC'! Anda bolehlah cuba surf semula. Kalau boleh masuk tu maknanya setting yang anda buat tu berjaya. 

      Kalau tak boleh, mungkin ada 1-2 step yang salah ikut. Tak per berusah payah minta bantuan mereka. Oh ya, bagi pengguna router yang lama, mungkin ada sedikit kelainan caranya yang anda perlu explore. 

      Apapun, satu masalah dah selesai, mesti susah nak hidup kalau tak ada internet kan? 

      Kerja pun boelh terganggu lebih-lebih lagi maca kami yang perlu ada internet sepanjang masa. Kalau perkara ini terjadi di rumah atau pejabat, boleh lakukan sendiri dan kerja pun tak terganggu. 

      Selamat mencuba!

      0 comment... add one now