Kecoh Mercu Tanda 'Hollywood' Bertukar Menjadi 'Hollyweed'

Jika sambutan tahun baru di kebanyakan negara meriah dengan percikan bunga api di angkasa, lain pula yang berlaku di bandaraya Los Angeles apabila papan tanda gergasi 'Hollywood' bertukar menjadi 'Hollyweed'.


Menurut laporan, pihak berkuasa sedang menyiasat kes berkenaan dan pelaku akan didakwa atas kesalahan menceroboh. Aktiviti menukar dua huruf O kepada E itu berjaya dirakamkan kamera CCTV yang dipasang di kawasan tersebut.

Ianya juga dipercayai berlaku selepas undang-undang mengenai penjualan marijuana dipinda November lalu. Dadah tersebut dibenarkan untuk dijual di negeri tersebut bermula tahun 2018 akan datang.

Mercu tanda kebanggaan Hollywood itu telah dibina pada tahun 1923 dengan nama asalnya 'Hollywoodland' sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kawasan perumahan yang baru sahaja dibina di situ pada waktu tersebut. Ianya kemudiannya ditukar menjadi Hollywood sehingga hari ini.


Di Malaysia pula, sekumpulan anak muda menjadi viral selepas memanjat papan tanda IPOH tanpa sebarang alat keselamatan.

0 comment... add one now