Kerja Kosong di OHBULAN! Waktu Kerja Fleksibel & Kenaikan Gaji Tahunan

REV ASIA Berhad, salah sebuah syarikat internet terbesar yang disenaraikan di Bursa Saham beroperasi di Uptown 1, Damansara Utama kini sedang mencari calon-calon yang berminat untuk menyertai team laman socialtainment Ohbulan.com.


Skop pekerjaan :

  • Memantau isu semasa berlaku dalam dan luar negara
  • Mempunyai kreativiti untuk menghasilkan penulisan yang trending
  • Bekerjasama dengan klien untuk pengurusan kempen
  • Mampu menyiapkan artikel dalam masa yang singkat dengan pemantauan minimal
  • Mencapai jumlah target pembaca yang ditetapkan

Kriteria:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang Mass Communication ataupun berkaitan
  • Boleh bekerja pada hujung minggu
  • Boleh menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
  • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Mempunyai akses internet
  • Fresh grad amat dialu-alukan


 Kemudahan yang disediakan:

  • Persekitaran kerja yang kondusif ala Google & Facebook
  • Waktu kerja yang sangat fleksibel
  • Cuti tahunan
  • Faedah kad perubatan
  • Pas letak kenderaan bulanan
  • Elaun bulanan
  • Kenaikan gaji tahunan berdasarkan KPI
  • Bonus tahunan berdasarkan KPI

Kepada yang berminat, hantarkan resume lengkap anda sebelum 11 Januari 2017 kepada talent@revasia.com dan cc kepada Ohbulan@revasia.com.

0 comment... add one now