Lelaki Meninggal Dunia Tinggalkan 86 Isteri, Mujur Tiada Hutang PTPTN


KANO: Lelaki Nigeria yang mendapat arahan Mahkamah Syariah supaya menceraikan 82 daripada 86 isterinya, meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Muhammadu Bello Masaba meninggal dunia, Sabtu lalu di rumahnya dikelilingi ahli keluarga.

Pada 2008, Mahkamah Syariah di Minna mendapati, Masaba bersalah menghina undang-undang Islam kerana berkahwin secara kontrak dan memiliki 86 isteri.

Dia hanya dibenarkan mengekalkan empat isteri, jumlah maksimum dibenarkan Islam, namun Masaba atau lebih mesra dengan panggilan Baba bertegas mengatakan dia tidak melanggar hukum agama.


Ketika ditahan kali pertama, semua 86 isteri bersama 20 daripada 170 anaknya membantah tindakan itu di luar Kementerian Keadilan Nigeria. Kes itu kemudian digugurkan. - AFP

0 comment... add one now