Netizen Berang Famili Ini Biarkan Anjing Mereka Masuk & Kencing di AEON Bukit Tinggi


Kecoh di laman sosial Facebook sejak semalam apabila tersebarnya gambar satu keluarga yang sedang membeli belah dengan selamba membawa masuk anjing mereka masuk ke dalam shopping mall AEON Bukit Tinggi, di Klang.

Gambar tersebut menimbulkan kemarahan ramai bukan sahaja kerana anjing dibawa masuk bersama mereka, malah lebih memburukkan keadaan lagi apabila anjing tersebut turut kencing di dalam pusat beli belah tersebut.

Foto yang dikongsi melalui Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians itu menarik ramai Netizen yang ternyata berang dan tidak dapat mengawal kemarahan terhadap keluarga 'tidak waras' tersebut. Sehingga kini, post itu mendapat lebih 4 ribu perkongsian.


0 comment... add one now