Pantang Ada Duit Dalam Bank, Mesti Nak Keluarkan? Gadis Ini Kongsi Cara Nak Menyimpan Secara ‘Paksa’

Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk berjimat atau menabung, ia pasti memberi cabaran dalam memastikan diri ada simpanan yang kukuh setiap bulan. Lagi-lagi buat mereka yang pantang untuk melihat duit yang banyak dalam akaun bank.


Situasi seperti ini sering terjadi, apabila baru sahaja menerima gaji, atau duit bulanan, dan ada di antara kita yang terus berbelanja. Ini lebih membimbangkan, di mana kita boleh berbelanja hanya dengan menyentuh kad debit sahaja, jadi, tanpa mengetahui amaun sebenar yang ada dalam bank, kita akan terus swipe sahaja.

Namun begitu, tabiat begini amat berbahaya, kerana khuatir kita akan menghabiskan duit tanpa sedar. Tapi, bagaimana pula ingin menyimpan duit secara paksa? Saudari Norlaila Binti Ahmad. Ada caranya, yang pasti 'memaksa' anda untuk mempunyai simpanan yang konsisten setiap bulan. Jom kita usha sekejap, macam mana cara tersebut. 

Laila saving tips

Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank? Ada duit je nak spending je kerja. Ianya saya, semestinya saya.

Salah satu cara Laila saving ialah dengan Flexi saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lump sum untuk bayar road tax kereta. Cuba guna cara ini?

Contohnya, Laila simpan RM100/sebula selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 nanti. Laila dah mula flexi saver ini bulan Mei 2016. 

Secara tidak langsung, setiap bulan RM100 akan ditolak pada 2 haribulan. In sha Allah nanti bulan Mei 2017, pada 2 haribulan duit RM1,200 akan masuk semula dalam akaun. Dan bolehla bayar road tax kereta.

Laila memang tidak boleh tengok baki dalam akaun bank, mesti ada sahaja niat untuk berbelanja. Jadi, terima kasih Maybank, sebab ada cara sebegini.

Selain simpanan untuk road tax kereta guna flexi saver plan, duit dalam tabung haji wajib ada. Simpanan dalam bentuk emas pun kena ada. Cuma ia bergantung pada jenis akaun anda, ada yang ada, ada yang tak ada. Sebab siapa bank jenis wadiah, tak ada macam ini, macam saya, jenis akaun simpanan.


Jumlah yang kita simpan dalam flexi saver plan akan appear kat dalam statement account kita. Dekat belah atas. Jumlah tu tak appear dalam baki duit kita, cuma duit yang dia tolak on the day tu ada appear. 

Keseluruhan duit yang ada dalam akaun dia letak asing. Jadiboleh guna duit dalam akaun sesuka hati

As long dah lepas tarikh untuk tolak duit yang kita nak contribute dalam flexi smart saver. Nanti bila dah tiba tarikh matangnya, duit tu akan masuk dalam akaun semula.

Mengikut dari potongan/simpanan yang Laila buat, RM150/bulan, jadi dapat RM1,800 untuk 12 bulan dan duit yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02.

Nota : Ada jugak yang takde contoh yang wadiah punya akaun, jangan tanya saya, saya pun tidak tahu mengapa

* Jumlah potongan bulanan: Ikut kepada ketetapan anda
* Tempoh: Ikut kepada ketetapan anda
* Tarikh/; Ikut kepada ketetapan anda


1. Log in M2U seperti biasa


2. Click pada "account & banking"


3. Click personal saver account


4. Dekat tepi sebelah kanan ade tab "Setup Flexi Saver Plan". Sila click.


5. Korang boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan. Ikut keperluan korang. Macam Laila, Laila buat 12 months. Sebab nak bayar road tax kereta.


6. Purpose nie korang pilih je la mana-mana. Tak kisah pun. Tapi, ia akan nanti masa kat dalam statement of account dia akan tulis purpose tu. So korang tau la duit untuk tujuan yang dipilih sudah ada berapa banyak dah.


7. Yang nie korang pilih la tarikh di mana duit itu akan automatik ditolak dari akaun. Kalau buat hari nie (30 hb), hari pertama ialah 3 hari selepas. Ini pilihan korang, will be 2 hb ke hadapan.

Ini adalah contoh yang Laila dah buat:

a. Disember 2015 = RM150/bulan (12 bulan) 
b. Setiap 30hb, setiap bulan bermula dari Disember 2015 duit akan ditolak secara automatik,  rm150. 
c. Pada 30 Disember 2016 duit masuk dalam akaun semula. 
d. Rm150 x 12 = rm1,800. 
e. Tapi yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02
f. Pastikan setiap 30 hb, duit dalam akaun cukup rm150 untuk ditolak.

Duit ini tak akan muncul dekat baki akaun korang, sehingga tarikh matang. Maksudnya duit tu dah depa letak tepi siap-siap. Jadi, tidak perlu risau untuk berbelanja, sebab dah tolak siap-siap dan dah asing siap-siap. - Buletin

0 comment... add one now